Wednesday, December 19, 2012

Jom bersenam!


Bila dikatakan sahaja bersenam, pasti ramai yang memberikan alasan "saya tak sempat nak bersenam" atau "saya tiada masa untuk bersenam"- hahah sayalah tu. Sibukkan kita ini sehingga tiada masa untuk bersenam. Tapi tahukah anda kenapa senaman ini sangat penting??

Banyak dah kot rasanya iklan-iklan di kaca televisyen menyarankan kita bersenam, walaupun hanya menaiki tangga. Senang bukan!! Bagi yang tidak berkesempatan untuk bersenam, curi-curi masa untuk  berjalan sebanyak 100 langkah sehari. Pasti boleh kan..kan..!!

Anda tahu dengan bersenam anda mampu untuk:
1. Mengurangkan risiko sakit jantung.
2. Mengurangkan lemak-lemak badan.
3. Mengurangkan stress

Tapi tahu tak dengan bersenam juga kita boleh meningkatkan lagi kepadatan tulang kita. Oleh itu, kuranglah risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis (kerapuhan tulang).Lagi pula, wanita asia seperti kita yang comel-comel mempunyai kepadatan tulang yang sangatlah rendah jika dibandingkan dengan orang-orang barat.. badan yang kecik molek nilah yang senang untuk mendapat osteoporosis!!


Jadi, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kepadatan tulang ni?
1. Pastikan anda bersenam - bagi yang baru nak mula bersenam pastikan mulakan dengan yang ringan-ringann dahulu kemudian barulah beransur-ansur tingkatkan teknik bersukan anda. - Jangan tetiba sahaja lari 3 round padang huhu - tak pasal2 sakit satu badan.
2. Pastikan anda mengambil sejumlah kalsium yang mencukupi. Baik untuk kesihatan tulang dan gigi serta organ-organ yang lain. Jenis-jenis susu yang tinggi kalsium seperti Anlene, dan lain-lain produk tenusu.
3. pastikan juga anda mengambil vitamin D dan magnesium untuk menggalakkan penyerapan kalsium yang tinggi pada tulang anda!

kalau rasa-rasa tak  suka nak minum susu anda sangat digalakkan untuk mengambil supplement yang dapat membekalkan kalsium yang secukupnya untuk tulang. Sebab itu saya suka dengan Ostematrix! Bekalan kalsium yang complete dengan vitamin D dan magnesium. Opppss jangan lupa bersenam ya!! mulakan hari anda dengan senaman yang paling ringkas ok!

Tuesday, December 11, 2012

Kelebihan susu ibu

Petikan daripada Surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

 "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Ramai di kalangan ibu-ibu kini telah diberikan pendedahan berkaitan kebaikan dan kelebihan betapa pentingnya memberikan susu ibu kepada bayi berbanding susu formula. Pakar-pakar nutrisi juga menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi anda. Subhanallah!! betapa hebatnya anugerah Allah kepada kita. Jom kita lihat kelebihan susu ibu ini kepada bayi dan juga ibu.

Kelebihan kepada ibu.
  • setiap titisan susu ibu diberikan ganjaran pahala.
  • hisapan pertama susu ibu kepada bayi, ibu mendapat ganjaran seperti memberikan nyawa kepada manusia.
  • Rasulullah memberi amaran keras kepada ibu-ibu yang tidak menyusukan anak tanpa alasan yang kukuh. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
  • Menurunkan berat badan. Lebih daripada 600 kalori dibakar setiap hari bagi ibu yang menyusukan anak, umpama melakukan senaman selama 2 jam!
  • Menjarakkan kelahiran.
  • Mengurangkan risiko kanser payu dara.
  • Mengecutkan rahim. 
Kelebihan untuk anak
  • Antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit.
  • kurang mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya.
  • Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
  • Menigkatkan perkembangan IQ anak anda.
  • kurang berisiko untuk mendapat alahan.
  • kandungan protien yang tinggi serta dapat diserap dengan mudah dan senang dihadam oleh bayi.
Kepada ibu-ibu pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan mencukupi untuk membekalkan keperluan bagi bayi anda. 
 
Ibaratkan diri anda seperti sebatang pokok, untuk mengahasilkan buah yang enak, ranum, sedap, manis dan berkualiti tinggi, pokok tersebut perlulah dibekalkan dengan nutrien-nutrien yang secukupnya. Jika tidak pokok tersebut masih juga menghasilkan buah namun buah yang dihasilkan biasa-biasa sahaja.Vitamin-vitamin tambahan untuk set penyusuan.
 
 
 
pastikan anda mengambil makanan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan untuk orang Asia. Jika ingin berdiet pastikan juga diet yang anda ambil mencukupi untuk membekalkan nutrisi-nutrisi penting buat anak anda. 
 
 
Last sekali..enjoy ur time with ur baby, and  happy breast feeding!!!
 
sumber: i-medik, PSIPUM

Monday, December 10, 2012

Atasi masalah kulit anda dengan Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder

Apakah keistimewaan Collagen powder shaklee ini sehingga menjadi kegilaan ramai. Sangat disyorkan kepada pengguna yang mengalami masalah liang pori-pori besar, kulit berjeragat, tona kulit tidak sekata, masalah jerawat dan parut jerawat, wajah kusam.

Apakah kandungan Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


kesan kekurangan collogen dalam badan

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Kelebihan pengambilan Collagen

-memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
-memelihara kelembapan kulit
-menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
-menguatkan otot dan tulang
-membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
-memelihara kelenturan sendi
-mengurangkan keradangan(inflammation)
-memberi tenaga
-membantu pola tidur
-memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

So boleh disimpulkan di sini Collagen ini penting untuk menjaga kesihatan kulit serta fungsi-fungsi badan yang lain. Jom jaga kesihatan kulit kita dari awal supaya kita kekal sihat dan awet muda.

Berminat?? Hubungi saya untuk mendapatkan SCP anda berserta kosultasi PERCUMA! EMAIL: yantie3011@gmail.com / SMS/CALL:0195590084

Khasiat bawang putih dalam bentuk tablet

Ramai yang telah mengetahui bahawa bawang putih mempunyai khasiat yang tinggi kepada kesihatan. Namun tidak semua orang boleh menelan bawang putih ini secara begitu sahaja kan..kan  (termasuklah saya). Tahukah anda apakah khasiat-khasiat bawang putih ini kepada sistem badan? Antara khasiat-khasiat bawang putih ini adalah:

1. Anti bakteria dan anti virus - Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan anti bakteria. 

2. Mengurangkan risiko kanser- Bawang putih yang kaya dengan antioksidan Selenium mengurangkan radikal bebas di dalam salur darah. 

3.  Mengurangkan risiko strok - bahan yang terkandung di dalam bawang putih ini merangsang penghasilan nitric oksida pada dinding salur darah. Melancarkan peredaran darah dan mengawal tekanan darah untuk mengelakkan tekanan darah tinggi. 

4.  Anti inflamasi - Bawang putih mempunyai bahan antiflamasi yang mengurangkan penyakit asma, inflamasi arhritis pada sendi. 

5.  Membantu sistem pencernaan - Bawang putih akan merembeskan gastic asid untuk membantu dalam sistem penghadaman.

6. Menigkatkan sistem imunisasi - meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

7. Mengurangkan kolestrol - Di-sulphida yang terkandung di dalam bawang putih membantu dalam menurunkan kolestrol dalam saluran darah.

8. Kandungan iodin yang tinggi - bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi dan baik untuk penghidap hipertirod. 

Apakah kandungan Garlic Shaklee??

1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

info: kak laila 

Lagi kelebihan bawang putih ini
merupakan antibiodtik 100% daripada bahan semulajadi. So kepada sesiapa yang khuatir dengan kesan sampingan pengambilan ubat antibiotik disebabkan penyakit seperti selsema, batuk, dll, Anda di sarankan untuk mengambil supplement garlic ini kerana ia merupakan 100% semulajadi, tanpa bahan tiruan, perasa, dan bahan sintetik yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Berminat?? Hubungi saya untuk mendapatkan kosultasi secara PERCUMA! EMAIL: yantie3011@gmail.com / SMS/CALL:0195590084

Thursday, December 6, 2012

Promosi Disember 2012

Shaklee Collogen Powder 


WOW!!!! Collagen powder pulak menjadi tumpuan hebat bulan ini.. Anda juga mesti dapatkan satu dengan harga yang sangat-sangatlah menarik dan yang paling penting kesan optimum yang diperolehi oleh pemakai! Pasti anda akan berpuas hati dengan hasil collagen powder ini. Serius saya pun teruja dengan tawaran hebat Year End Sale (YES) Shaklee ni!! Mesti mau!!! =)

Cepat dapatkan collagen powder anda segera sebelum tawaran ini tamat. 

Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA berserta kosultasi PERCUMA! EMAIL: yantie3011@gmail.com / SMS/CALL:0195590084

Saturday, December 1, 2012

Omega Guard Shaklee - Sumber DHA & EPA terbaik

Apakah Omega Guard?

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Apakah keistimewaan Omega Guard?
Diperbuat melalui penyulingan 3 peringkat secara semula jadi untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan sebatian yang berbahaya seperti mercuri dan plumbum yang terdapat di dalam ikan. Omega guard dihasilkan melalui ikan dan bukan daripada hati ikan yang mengandungi toksin.

Golongan yang memerlukan Omega guard.
  • Ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin. (trimester II dan III)
  • Ibu menyusu - membekalkan DHA kepada ibu dan secara tidak langsung untuk anak juga.
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas) - perkembangan otak kanak-kanak.
  • Lelaki Warga Emas - mengelakkan penyakit nyanyuk (alzheimer)
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes 
  • Ibu dalam pantang - untuk mengurangkan kemurungan & kebimbangan 
  • pelajar -menguatkan daya ingatan pelajar. 
Berminat?? Hubungi saya untuk  mendapatkan Omega Guard ini berserta kosultasi PERCUMA! EMAIL: yantie3011@gmail.com / SMS/CALL:0195590084

Saya Dan Shaklee

Kenapa Shaklee??


Assalamualaikum... 

Kenapa saya memilih produk shaklee sebagai supplement saya? Semuanya bermula di sini..

Saya bukan penggemar ubat atau supplement ni sangat. Bagi saya cukup apa yang saya makan dan ambil setiap hari sudah memadai untuk keperluan mineral harian saya..(masa mula2 dulu ini lah prinsip saya)..Seawal 3 bulan pertama selepas melahirkan anak makan dan minum semua terjaga biasalah berpantang di rumah mak memang best!! eheh.. tambahan pula saya memang die hard core breast feeding mommies club, masuk bln ke 5, sarapan pagi dan makan tgh hari dah mula tak menentu. Makanan pulak semakin kurang bernutsiri walaupun masak sendiri (ada anak kecik yang rajin mengemas di dapur ni, mmg ikut dan je masak jenis2 lauk).. dan berterusan sehingga bulan ke 9.

Ya masa masuk bulan ke-9 saya sendiri rasakan badan terlalu lemah, selalu sakit belakang, muka pulak naik jerawat dan kusam, serta selalu jer nak pitam.. hohoho.. kandang-kadang moody tak tentu pasal (sebaik ada suami yang memahami) masa nilah baru terhegeh-hegeh nak cari supplement...(jangan jadi seperti saya). Bagi saya kesihatan lebih penting daripada wang ringgit. Yelah wang boleh dicari tapi kesihatan dan kesejahteraan keluarga, kita sendiri yang perlu jaga (kena beringat badan ni pinjaman sahaja).. So, kalau saya sakit, patahlah sayap kiri keluarga saya!!


Dah lama dok usha page kak laila berserta produk-produk rangkaian shaklee memang merangkumi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan. Dan produk ini merupakan vitamin tambahan so memang sah-sahlah vitamin yang kita ambik bukan sembarangan makanan. Tiga ciri-ciri shaklee menepati pilihan hati saya:
  1. produk halal.
  2. Berkesan & selamat (kebanyakkan sumber-sumber daripada tumbuhan)
  3. telah diuji secara klinikal serta diperakui.
Pengiraan saya senang shj, sebotol ubat shaklee boleh tahan sehingga 3 bulan. So sebulan harga sebotol jatuh dalam RM20++ lebih kurang wang yang suami keluarkan untuk makan dua orang di kedai fastfood. Maka takdelah rasa mahal sangat kan..kan..(psikologi diri sendiri) Pulak tu saya dapat kebaikkan daripada pengambilan vitamin ini. Bukan saya sahaja, anak pun dapat sekali =)!!
Setelah dua minggu consume shaklee (saya minum ESP) memang perubahan amat ketara, badan tak letih dah, muka tak kusam, yang paling best sekali susu bertambah pekat, anak cepat kenyang! so malam-malam cuma bangun 2-3 kali (dlu mau 5-6 kali) untuk menyusukan Izzatie =). Izzatie tido pun lebih lama.. Alhamdulillah.. Terima kasih kak laila di atas kesudian memperkenalkan produk yang bagus ini untuk saya.. Sudah tentu saya akan teruskan dengan shaklee..