Saturday, February 6, 2016

Bahaya Antibiotik kepada Kanak-Kanak



Antibiotik sememangnya bukan sesuatu yang asing di kalangan masyarakat Malaysia. Kadang kala mind set kita sendiri menyatakan antibiotik perlu diambil ketika dijangkiti penyakit. Ada juga sesetengah ibu bapa sehingga meminta anak mereka diberikan antibiotik ketika sakit. 

Benar fungsi Antibiotik ini adalah untuk melawan penyakit diambil atas nasihat dan mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor. Jika doktor mengatakan ia perlu dihabiskan dalam masa 5 hari maka PERLU dan WAJIB kita habiskan dalam tempoh tersebut. Bukan tiga hari setelah sembuh dari penyakit, baki antibiotik tadi juga kita tinggalkan sahaja dan tidak dihabiskan.


Sebenarnya antibiotik adalah berbahaya untuk kanak-kanak jika ia tidak diambil seperti yang dicadangkan oleh doktor. Ini kerana penggunaan antibiotik secara sembarangan akan menyebabkan bakteria yang tidak dirawat dengan sempurana ini lali dan kebal terhadap antibiotik yang diberi. hal ini menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria ini lebih sukar dirawat dan mewujudkan antibiotic resistance (istilah yang digunakan bagi bakteria yang lali dan kebal terhadap antibiotik). Justeru antibiotik yang lebih tinggi dosnya diperlukan untuk merawat penyakit ini. 

Jika kita memberi antibiotik ini kepada anak kita dan tidak mengikut jadual dengan betul kebarangkalian untuk anak ini demam lagi adalah lebih tinggi dan antibiotik yang diberikan sebelumnya adalah tidak berkesan kepada anak ini. Malah lebih memburukkan keadaaan lagi apabila bakteria yang lali dan kebal  ini disebarkan pula kepada orang lain.

Hal ini mewujudkan satu keadaan di mana antibiotik tidak  lagi dapat berkesan terhadap bakteria tersebut. 

Malah menurut doktor yang berpengalaman, terdapat pesakit yang dimasukkan ke ICU kerana demam tinggi dan tiada ubat antibiotik yang sesuai diberikan disebabkan oleh bakteria yang lali dan kebal ini. 

Ibu bapa juga perlu prihatin dalam pemberian ubat antibiotik kepada anak-anak, Jangan berkongsi ubat antibiotik dengan anak-anak yang lain. Jika terdapat saki-baki ubat antibiotik yang masih ada di rumah buangkan sahaja (jangan kata sayang atau membazir). Berkemungkinan antibiotik yang sama tidak sesuai digunakan untuk anak yang berlainan. Bahaya ya! ingat antibiotik ini juga dihasilkan dengan menggunakan bakteria yang bertujuan untuk membunuh bakteria dalam badan pesakit. 


 Jika anak-anak kecil ini demam, seeloknya ibu bapa boleh mengawal suhu anak ini dengan cara-cara di bawah:

1. Berikan paracetamol yang disyorkan oleh doktor
2. perbanyakkan meminum air masak
3. lakukan kaedah sponge kepada anak 
4. Monitor suhu anak (jangan melebihi 40 celcius bahaya boleh menyebabkan sawan dan tarik)
5. Cepat bawa berjumpa doktor sekiranya suhu melebihi 40 celcius.

Alternatif lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan NUTRIFERON kepada anak-anak. Nutriferon ini merupakan  satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga sunflower. Sebatian ini dapat mengaktifkn interferon yang terdapat di dalam badan kita untuk melawan bakteria-bakteria jahat ini. Ia juga merupakan perisai hebat untuk tubuh badan. 



Jadilah ibu bapa yang bijak dalam memberikan yang terbaik untuk-anak. Jangan bahayakan kesihatan anak-anak disebabkan oleh kesalahan fahaman kita. Ikut dan patuhi arahan doktor ya selepas ini. 


 Pembelian secara talian klik link di bawah



Selepas membuat pembelian sila hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan yang betul. 

Untuk membuat pembelian secara manual hubungi saya ya. PROMOSI Nutriferon pada bulan Februari 2016. Jangan lepaskan peluang untuk menyimpan sekotak dirumah!



Rujukan
http://drzubaidi.com/blog/antibiotik-bukan-ubat-wajib-bagi-demam-dan-selsema-untuk-bayi-dan-kanak-kanak/

http://drzubaidi.com/blog/kurangkan-penggunaan-antibiotik-di-kalangan-bayi-dan-kanak-kanak/

http://www.doktorbudak.com/2014/02/22/ubat-batuk-selsema-tidak-sesuai-untuk-kanak-kanak-bawah-2-tahun/